Tuesday, December 9, 2008

hari raya aidiladha

Assalammualaikum semua... welcome to my blog..
Pada 8 disember yg lalu, seluruh umat Islam menyambut hari raya Aidiladha... suasana tidaklah semeriah yang dijangka.. sebab hujan melanda di seluruh negeri di Malaysia... banjir di merata-rata tempat dilaporkan... dan Malaysia dikejutkan dengan peristiwa tanah runtuh di petempatan di Bukit Antarabangsa di Hulu Klang...4 nyawa terkorban... mungkin masih ada lagi seorang yang masih belum dijumpai...Apabila keadaan begini berlaku di mana-mana.. buatkn diriku berfikir.. apakah manusia semakin melupakan sunnah Allah S.W.T..... Bukit-bukit yang sepatutnya menjadi penahan air hujan diratakan, dan pembinaan kondominium dijalankan di merata-rata... akibatnya, berlaku kejadian tanah runtuh yang meragut nyawa... apakah ini kesalahan Manusia itu sendiri. atau apakah ia dugaan Yang Maha Esa? sama2 lah kita renungkan bersama... selamtkn lh bumi kita ini... sesunguhnya tanda-tanda akhir zaman semakin menghampiri.... bertaubatlh kita.. sebelum terlambat... apapun, salam aidiladha buat mereka yang menyambutnya.... ceria-ceria selalu...

1 comment:

  1. haha ok laa ni..not bad..teruskan usaha..yg penting selalu laa update blog ni..jgn macam saya pemalas.

    ReplyDelete