Salam Semuanya..Harap segalanya bagi anda berjalan dengan lancar...Alhamdulillah hari ini selamat abg ana bertunang...Syukran segalanya berjalan dengan lancar... Syukur ke hadaratNya...
Pada saat ini ingin saya post kan sesuatu... yg mungkin terjd..yg mungkin telah terjadi...Sebuah Nukilan...khas ciptaan sy...
Bila malam sudah menerpa,
Terasa sejuk menusuk suasana,
Saat bulan tidak kelihatan,
Dek kerana hujan seusai berlabuhan...
Ku masih di sini..
Perbualan terakhir kali sudah ku lafazkan..
Inilah pengakhiran yang perlu ku ambil...
Agar aku boleh teruskan perjalanan..
Saat maaf x memberi apa-apa kesan,
Saat hati x mampu beri kemaafan,
Saat jiwa terasa kekosongan,
Saat ceria tidak lagi kelihatan...
Saatku menanti satu kepastian,
Cuma satu hakikat yang mampu kau berikan..
Ku tidak pernah hadir di sana...
dan tidak akan pernah hadir semula....
Biar ku sendiri menghadapinya kelak,
Kerana selama ini ku mampu jua berdiri tanpanya..
Semoga Dia beri kekuatan..
Untuk menghadapi satu kehilangan...
Maafkan ku kerana tidak dapat meneruskan..
Kerana hipokrit pada perasaan x mampu lg ku tahankan..
Biarlah perpisahan ini aku laksanakan..
Kerana kehilangan hanyalah satu tiupan angin bagimu sewaktu kedinginan..
Naifku...Firasatku...semua itu khayalan...
Yang harus ku hilangkan dari lena malam..
Biarlah terakhir kali ia mampu menitis..
Kerana ku percaya ketentuanNya yang mampu menenangkan...
Pergilah dikau mimpi
Ranaplah segala kenangan.
Pergilah dikau sepi..
Kerana bumi perlu hadir warnanya kembali...
Suram malam ini tanpa hadirnya bintang..
Semoga burung berbisik nyanyikan lagunya yg riang...
Untuk ku tersenyum semula di pagi hari...
Menanti yang sebenarnya...biarlah takdir menentukanNya
Kerana ku tidak mahu lagi bermimpi..
Kerana ku tidak mampu lagi menanti..
Kerana ku pasrah bersendiri semula..
Kerana itu penemanku yang paling setia...
wassalam....
No comments:
Post a Comment