Saturday, May 1, 2010

lagu menyentuh hati

Salam semua... harini sy nak post something special... well, lagu ni akk sy yg perkenalkan... jadinyer, bila 1st time dgr, terus jatuh hati dgr lagu ni.. ia amat menyentuh jiwa raga selain dapat menginsafi hati-hati yg alpa dgn duniawi... perdengarkanlah lagu ini jika anda ada masa kelapangan...


Tahajjud Cinta-- Datuk Siti Nurhaliza


Kau datang ketika duka
dan bintang bercahya
tunjukku ke jalan syurga

Kau datang ketika duka
dan bintang bercahya
tunjukku ke jalan syurga

Ku haus di tengah laut
lemas mencari tempat berpaut
kirimkan aku kekuatan
serta pedoman di kesesatan

Ku sunyi dalam gembira
perih pedih tanggung derita
sungguh aku bukan wali
yang suci dari hina dan benci

Kau datang ketika duka
dan bintang bercahya
tunjukku ke jalan syurga

Terlalu lama aku mencuba
terlalu banyak
cinta yang ku damba
tiada yang sempurna
hanyalah fana
Tuhan, ampuni hamba-Mu

Kau datang ketika duka
dan bintang bercahya
tunjukku ke jalan syurga

Ku rebah di dada malam
memecah dendam yang lama diam
ku tanggalkan baju dunia
dakapku dengan selimut syurga
ya Tuhanku hanya padamu
tempat mengadu segala rindu
limpahi ku rahmat kasihmu
dalam tahajjud cinta bersujud

Tuesday, April 13, 2010

Mengapa.....

Assalammualaikum semua....hrp anda semua sihat walaupun diri sy sendiri tidak brape siht...rmi berkata penulisan blog adalah bg insan-insan yang kesepian, dan tiada teman rapat untuk meluahkan... mungkin benar bagi sesetengah pendapat...dan mungkin jua diri saya salah seorang daripadanya....selalunya saya menulis di dalam diari tentang kehidupan sy, tp sejak kehadiran blog....mungkin perasaan sy akan lebih terubat kerana akan berasa sedikit kelegaan walaupun tnpa mengetahui siapa yang menatap blog ini dan membacanya....sekurangnya melalui ini, sy seakan dapat meluahkan tnpa perlu memperkenalkan diri sy dan tnpa mengetahui siapa pembacanya...sekian....

post kali ini berkenaan nukilan hati...mungkin hati saya....dan mungkin jua hati insan-insan lain di luar sana yang sedang mengalami situasi yang sama....

mengapa??

Kenapa hati ini telah jatuh hati padanya...
Kenapa hati ini merindukannya...
Dia bukanlah anak orang berada yang punyai segala harta...
Dia bukanlah memegang jawatan yang hebat di mata dunia..
Dia bukanlah mempunyai taraf pelajaran yang tinggi ke mercu langit..
Dia bukanlah sekacak putera kayangan yang diidamkan semua gadis..

Tapi.....

Dia hanyalah insan biasa...
Yang tidak punyai apa-apa..
Dan cukup bagiku sekadarnya...
Dan hatiku ikhlas menerima seadanya hanya kerana..
Dialah yang telah menghiburkan hatiku dikala aku kesedihan..
Dialah yang telah memberiku semangat di saat aku terasa amat putus asa..
Dialah yang akan menghulurkan tangannya sekiranya aku terjatuh...

Dan aku percaya padanya....

Atas imannya yang mampu membimbingku ke jalan Allah,
Membimbing zuriatku dengan nilai Islam yang utuh...
Menyayangiku sepenuhnya sehingga akhir nafasku..
Bersamanya terbina masjid indah dan di dalamnnya hanya aku dan dia...
Berpaksikan Allah Yang Maha Kuasa...
Sehingga jodohku bersamanya hingga ke pintu syurga...

Ya Tuhanku..
Dapatkah Kau mendengarkan hasrat hatiku ini...
Cita-cita dan impianku...
Dapatkah ku melihatnya lagi...
Dapatkah ku bersamanya..
Ku mencarinya dalam mimpiku..
Ku mencarinya dalam hatiku....

Kasihku mungkin tidak bersambut di alam fana ini...
Walau sekuat hati merindui...
Hanya dalam doa dapatku utuskan padanya...
Kerana ia terlalu perlahan untuk didengarinya...
Apakah akan wujud istana kasihku bersamanya...
Apakah dia mampu menerima ketidaksempurnaan diriku sepenuhnya dan selamanya..
Dapatkah daku melahirkan zuriatnya sebagai bukti kasihku..
Mendengarkan dia dengan suaranya mengazankan bayi itu di sampingku..
Dapatkahku kucup tangannya sewaktu dia pergi kerja..
Dan menyambutnya di muka pintu dengan senyuman sewaktu kepulangannya...
Menyambutnya dengan keadaan paling indah di matanya...
Dapatkah ku merasai detik-detik itu...

Hanya Kau Yang Maha Mengetahui..
Engkaulah pemeliharaku...
Hanya Kau bisa tahu isi hatiku...
Andai dia untukku, dekatkanlah hatinya dengan hatiku...
Andai diri ini tidak layak berada di sampingnya,
Ku mohon padaMu, Kau berikanlah dia jodoh yang terbaik..
Berikanlah kebahagiaan padanya bersama insan itu...
Dan hilangkanlah daku dari pandangannya....

Kerana ku mengerti...
Aku bukanlah sepintar Aishah..
Tidak secekal Khadijah...
Tidak seindah Ainul Mardhiah...
Tidak sesempurna Ratu Balqis...
Mahupun setabah Siti Hawa yang berlari antara Sofa dan Marwah...
Dan diri ini tiada apa yang mampu ku berikan padanya...
Selain doa di dalam sujudku agar dia sentiasa dalam perlindunganMu...
Dan diberi kekuatan berjuang di jalanMu....

Sekian....ksm..

Monday, February 15, 2010

Saat Engkau Melafazkan Maaf...

Salam Semuanya..Harap segalanya bagi anda berjalan dengan lancar...Alhamdulillah hari ini selamat abg ana bertunang...Syukran segalanya berjalan dengan lancar... Syukur ke hadaratNya...

Pada saat ini ingin saya post kan sesuatu... yg mungkin terjd..yg mungkin telah terjadi...Sebuah Nukilan...khas ciptaan sy...

Bila malam sudah menerpa,
Terasa sejuk menusuk suasana,
Saat bulan tidak kelihatan,
Dek kerana hujan seusai berlabuhan...

Ku masih di sini..
Perbualan terakhir kali sudah ku lafazkan..
Inilah pengakhiran yang perlu ku ambil...
Agar aku boleh teruskan perjalanan..


Saat maaf x memberi apa-apa kesan,
Saat hati x mampu beri kemaafan,
Saat jiwa terasa kekosongan,
Saat ceria tidak lagi kelihatan...

Saatku menanti satu kepastian,
Cuma satu hakikat yang mampu kau berikan..
Ku tidak pernah hadir di sana...
dan tidak akan pernah hadir semula....

Biar ku sendiri menghadapinya kelak,
Kerana selama ini ku mampu jua berdiri tanpanya..
Semoga Dia beri kekuatan..

Untuk menghadapi satu kehilangan...
Maafkan ku kerana tidak dapat meneruskan..
Kerana hipokrit pada perasaan x mampu lg ku tahankan..
Biarlah perpisahan ini aku laksanakan..
Kerana kehilangan hanyalah satu tiupan angin bagimu sewaktu kedinginan..

Naifku...Firasatku...semua itu khayalan...
Yang harus ku hilangkan dari lena malam..
Biarlah terakhir kali ia mampu menitis..
Kerana ku percaya ketentuanNya yang mampu menenangkan...

Pergilah dikau mimpi
Ranaplah segala kenangan.
Pergilah dikau sepi..
Kerana bumi perlu hadir warnanya kembali...


Suram malam ini tanpa hadirnya bintang..
Semoga burung berbisik nyanyikan lagunya yg riang...
Untuk ku tersenyum semula di pagi hari...

Menanti yang sebenarnya...biarlah takdir menentukanNya
Kerana ku tidak mahu lagi bermimpi..
Kerana ku tidak mampu lagi menanti..
Kerana ku pasrah bersendiri semula..
Kerana itu penemanku yang paling setia...

wassalam....

Saturday, February 13, 2010

Muhasabah Cintaku Menuju Ke Syurga

Assalammualaikum w.b.t,salam sejahtera semua... untuk post kali ini... mengikut tajuknyer yg agak "gempak"lahkan ingin ku bicarakan... sebenarnya itu adalah tajuk ceramah agama yg baru2 ini ana sertai di universiti ana..Alhamdulillah hatiku tergerak untuk menghadirinya..bersama teman-teman kampus...Penceramah yg dijemput adalah ustad Pahrol bin Juoi.. penulis buku yg akhir semester lepas ana membelinya bertajuk "tentang cinta"..Banyak input yg bermanafaat yg kuterima... dan apabila di akhirnya, ia membuat berfikir sejenak....

Tentang diriku... atau tentang perasaan ku.... atau adakah semata-mata kerana tajuknya?...
enthlah...

Tuesday, February 2, 2010



Peritnyer menghadapi sebuah kehilangan....

Assalammualaikum semua... hari ini... ku ingin bicarakan tentang satu topik yang mungkin dialami oleh semua orang... Satu KEHILANGAN...


Tanggal 28 Januari lalu... pada jam 5 pagi... ku dikejutkan oleh satu panggilan... Nama yang tercatat di telefon adalah "umi"... satu kehairanan kerana umi tahu bahawa pada hari itu kelasku bermula pada jam 9 pagi.. dan mustahil umi menelefon ku pada jam sebegitu hanya bertanyakan keadaanku seperti selalu... hati berdebar tatkala ingin menjawab panggilan tersebut.. namun sudah wujud satu perasaan x sedap badan walaupun mata masih mengantuk dan 'mamai'...Sudah ku jangka, pasti ada sesuatu yang telah berlaku...
Ya Allah, ya tuhanku.. beriku kekuatan untuk menjawabnyer.. lantas, ku menjawab dan memberi salam...terdengar suara umi di sana memberikan sedikit kelegaan...tiada apa-apa berlaku pada umi... namun kenapa suara umi seakan teresak-esak dan terasa sukar meneruskan perbualan.. apa yang telah terjadi.. adakah sesuatu berlaku pada abi pula?? lantas umi meneruskan perbualan..
"adik,mak nak cakap ni, jangan terkejut yer..Cik Mat meninggal pagi tadi pukul 5 kat hospital selayang"
Innalillahiwainnallillahirrajiun....hanya itu mampu ku ungkap tatkala mendgrnyer...umi terus meletakkan telefon dan aku memahami umi perlukan masa untuk menghadapinya pada saat ini.. kerana ku merasakan umi lebih di uji oleh Nya dikala ini..berbagai-bagai persoalan muncul di benak fikiranku.. apa sakit pkck ku itu.. kenapa ia berlaku tiba-tiba...sedangkan aku sudah x sbr berjumpa dgn sepupuku 2 hari lagi untuk menghantar rombongan bertunang untuk abgku dan pkck aku sebagai wakilnya..namun segalanya berhenti di saat itu.. ketika itu... Bahawa Allah S.W.T lebih menyayanginya..dan inilah ketentuan Ilahi...
Hariku...bermula ibarat kelam...pkck ini adalah adik umi yg kedua..dan hubungan kami memang rapat..Kami sekeluarga masih dalam keadaan terkejut kerana pada hari tu genap 100 hari adik umi (mkckku) pergi menghadap Ilahi..namun bile pemergian pkck kali ini seakan memberi tamparan kedua buat kami.. terutama umi sendiri yg telah kehilangan 2 org adik hnya dalam selang 100 hari...
Selepas menerima panggilan umi, aku terus bangkit dan bersmbhyg subuh...entah mengapa seusai menunaikan fardhu itu, air mata ini sudah tidak tertahan lagi lalu menitis di tikar sejadah itu..terimbau kenangan-kenangan yang masih terngiang-ngiang di fikiran tatkala ku bersama pkck..setiap gurauannya.. setiap nasihatnya...setiap ape yang dilakukan tidak pernah dia menolak..hanya dialah tempat umi dan mkck2 lain bergantung harap.. tapi seperti yang ku katakan Allah S.W.T lebih menyayanginya.. dan ku mengharapkan agar beliau ditempatkan di kalangan insan-insan yang beriman.. Ameen..
Ku meneruskan kelasku juga walaupun berat kaki ini ingin melangkah.. setelah berada di dalam kelas, entah mengapa ku masih x dapat menumpukan perhatian...rasa ingin sahaja kaki ini melangkah keluar amik komuter turun di gombak.. kerana ingin menemui jasad pkck ku buat terakhir kali..
Namun apakan dayaku...Ku sendiri tidak mampu mempunyai kudrat yg lebih seperti insan lain.. ku khuatir jika di pertengahan jalan, sebarang masalah ku hadapi dan ini bukn sahaja menyelesaikan masalah, malah akan menambah kerisauan umi...akhirnya ku berkeputusan tidak mengapalah.. ku kirimkan dr jauh doaku buatnya....
Semoga Allah menempatkannya di kalangan insan yg beriman dan memudahkannya menghadapi alam barzakh.. Ameen...
Ku mengharapkan satu pelukan dan kata-kata sokongan dari seorang teman dan sahabat, namun harapanku menemui kehampaan.. kerana ia tidak berlaku dn rakan-rakan sekeliling mungkin tidak prihatin keadaanku...biarlah... biarlah perasaan ini ku pendam... dan ku pujuk hatiku sendiri seperti selalu apabila berduka... Buku berjudul "La Tahzan" yang sentiasa berada di sisi katilku, ku gapai dan baca...Alhamdulillah.. mungkin tidak sepenuhnya terubat...namun hanya beberapa helaian darinya sudah cukup mengurangkan kesedihan yang ku alami...

Mungkin ada di antara anda menghadapi sebuah kehilangan seperti mana ku alami...Ku ucapkan takziah..Yang pergi tetap pergi...yang tinggla perlu meneruskan perjuangan walau apepun rintangan berada di hadapan kita.. mungkin ada kalanya kita lemah jatuh x berdaya..percayalah.. hanya padaNya ku mampu mengadu, hanya padaNya yang mampu mengubat, hanya Dia yang faham... setiap air mata yang mengalir, sedang di hitung dan semoga anda dan saya sentiasa kuat jika setiap kali kita di uji dengan

Sebuah Kehilangan.....
Ameen.. Ya Rabbal Alamin..

Sunday, January 24, 2010

New post of mine....Feels it....

Bisikku pada bulan....
Kembalikan...
Temanku....
Kekasihku....
Syurgaku....
Tanpa dia malam menemaniku...
Sepi memelukku....

Bulan...
Jangan biar siang...
Biar alam ini kelam...
Biar ia sepi sepertiku.......



MAAF UNTUK BERPISAH.

kau tahu tentang hatiku,
yang tak pernah bisa melupakanmu,
kau tahu tentang diriku,
yang selalu mengenangmu selamanya,
kini kusedari,
bahawa semua itu,
adalah salah juga keliru,
akan membuat hati menjadi ternodai.
maafkanlah segala helah,
yang telah kita lewati,
telah membawamu,
kedalam jalan yang melupakan Tuhan,
kita memang harus berpisah,
untuk menjaga diri,
untuk kembali harungi hidup,
dalam redha Ilahi,


kutahu bahawa dirimu,
mendambakan kasih suci yang sejati,
ku yakin bahawa dirimu,
merindukan kasih sayang yang hakiki,
kini kusedari,
bahawa semua itu,
adalah salah juga keliru,
akan membuat hati,
menjadi ternodai.
maafkanlah segala helah,
yang telah kita lewati,
telah membawamu,
kedalam jalan yang melupakan Tuhan,
kita memang harus berpisah,
untuk menjaga diri,
untuk kembali harungi hidup,
dalam redha Ilahi,


dan bila,
takdirNya kita BERSAMA,
pastilah Allah kan MENYATUKAN KITA,
maafkanlah segala helah,
yang telah kita lewati,
telah membawamu,
kedalam jalan yang melupakan Tuhan,
kita memang harus berpisah,
untuk menjaga diri,
untuk kembali harungi hidup,
dalam redha Ilahi......
Assalammualaikum semua.. saya minta maaf kerana telah lama tidak menupdate blog dn nukilan sy ini.. hanya kerana kesibukan dan tiada sumber untuk melayari internet selalu menjadikan saya tidak berpulang untuk terus meng "update"kan blog ini..tahun 2010 telah bermula...akhirnya saya telah berjaya sampai ke saat ini iaitu tahun ketiga pengajianku di universiti.. alhamdulilah.. setelah banyak yang dilalui tidak di bygkan dgn kata-kata bahawa diri ini sudah sampai ke tahap ini...

Permulaan tahun ini, diharapkan segala impianku yang tidak terlaksana pad tahun-tahun terdahulu akan tercapai..InsyaAllah.. dan segala duka dan kenangan yg perit dapat dilupakan..hidupku akan semakin sukar selepas ini, dan walau bagaimanapun selagi aku masih bernafas, aku perlu meneruskannya..wahai blog..engkaulah temanku dikala kesepian sekrang ini.. dan lappy ku tersyg adalah diary compat yg penuh coretanku...semoga dengan luahan-luahan di dalamnya boleh melegakan hati yang sering resah, hati yang sedang duka, menjadi teman di kala tawa, dan penjadi pendamping paling setia.. semoga coretanku di sini dapat menjadi sebagai panduan agar ku dapat mengingati peristiwa-peristiwa penting yang pernah berlaku dalam kehidupanku..kerana kelak jika satu hari Allah S.W.T mengambil ingatan itu, ku dapat melihat kembali siapa diri ini sebenarnya...

untuk post pertama di bulan januari ini, ku mulakan dengan satu pautan yang ku terima..Kata-kata yang tertulis amat menyentuh dan bagi hati-hati yang dapat selaminya, tahniah...bacalah dengan kata hati yang terbuka luas.. InsyaAllah anda akan memahaminya...


Wanita Cantik yg suka Menangis....

Seorang anak laki-laki kecil bertanya kepada ibunya "Mengapa engkau menangis?"
"Kerana aku seorang wanita", kata sang ibu kepadanya.
"Aku tidak mengerti", kata anak itu.
Ibunya hanya memeluknya dan berkata, "Dan kau tak akan pernah mengerti"
Kemudian anak laki-laki itu bertanya kepada ayahnya, "Mengapa ibu suka menangis tanpa alasan?"
"Semua wanita menangis tanpa alasan", hanya itu yang dapat dikatakan oleh ayahnya.
Anak laki-laki kecil itu pun lalu tumbuh menjadi seorang laki-laki dewasa, tetap ingin tahu mengapa wanita menangis.
Akhirnya ia menghubungi Tuhan, dan ia bertanya, "Tuhan, mengapa wanita begitu mudah menangis?"

Allah berfirman:

"Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia; na mun , harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan "
"Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya "
"Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh "
"Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya "
"Aku memberinya kekuatan untuk mendukung suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya "
"Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahwa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada disisi suaminya tanpa ragu"
"Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk dititiskan.. .
Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bilapun ia perlukan."

"Kau tahu:
Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, susuk yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya."
"Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itulah pintu hatinya
" tempat dimana cinta itu ada."

Kirimkan msg ini juga kepada kaum lelaki,supaya mereka sedar dan ingat akan kecantikan wanita mereka yang azali..bukan pada kecantikan luaran semata-mata
Selami lah hati wanita mu... dan

ingat lah...Setiap Wanita itu Cantik.