Monday, January 26, 2009

Anatomi Seorang Sahabat

Anatomi seorang sahabat
Mata: * sentiasa melihat anda seadanya
* sentiasa melihat yang terbaik dalam diri anda
Telinga: * sentiasa bersedia untuk mendengar
* memberikan perhatian pada setiap apa yang anda tuturkan
Mulut: * Berkata benar dan jujur dalam memberikan pandangan
* Menjadi mulut anda sekiranya anda tidak boleh berkata-kata lagi
* Jujur dalam setiap tutur kata
Bahu: * akan menjadi kekuatan anda tatkala anda tidak mampu membawanya lagi
* sentiasa menjadi sandaran tatkala anda berada dalam kesedihan
Tangan: * sentiasa memberi pelukan mesra tatkala anda memerlukan
* sentiasa membuat anda berasa selesa
* membimbing anda sekiranya anda memerlukan* menarik anda bangun ketika
anda jatuh
Hati: * mencintai anda tanpa syarat
* anda sentiasa diingati olehnya setiap waktu
Kaki: * berjalan bersama anda sepanjang hidupnya
* menjadi sahabat anda yang paling baik

Aku Mungkin Tua Dan Kekampungan

Salam sumer...kalini ana nk share something...Ana harap semua terhibur.. Mungkin ada maksud disebaliknya...:)


Suatu hari, seorang nyonya bernama Nyonye Mei Lee datang ke KL buat kali pertama selepas menang loteri. Beliau ‘check-in’ disebuah hotel mewah dan seorang pelayan membawakan begnya menuju ke bilik penginapan Nyonya Mei Lee.



Nyonya Mei Lee dengan girangnya mengikuti langkah-langkah pelayan itu dan ketika pelayan tersebut menutup pintu, Nyonya Mei Lee melihat sekeliling.


Beliau tiba-tiba menjadi marah lalu berkata kepada pelayan tersebut, "Eksekius mi, lu jangan ingat wa tua, mali dari kampung, tatak tau duduk hotel. Sudah baya latut latut, lu kasi ini bilik ka??? Manyak kicik!! tatak tibi, tatak lemari tatak apa pun??? katil mau titun pun tatak!!! Haiyyaaa, mau tipu olang ka??!!"



Lalu pelayan itu pun menjawab, "Sabar Nyonya, ini baru lift, maaa...."

cute picture

kenapa orang melayu makan dgn tangan?????

Kenapa Orang Melayu Makan Dengan Tangan ?
Setiap bangsa di dunia ini punya budaya tersendiri. Oleh sebab makan itu
satu perkara yang wajib dalam hidup, cara makan juga merupakan satu budaya. Masing-masing bangsa ada budaya mereka tersendiri bagaimana mereka makan. Misalnya orang Cina menggunakan kayu (chopstick) dan orang Barat pula menggunakan sudu dan garfu. Tentu ada sebab yang rasional kenapa mereka amalkan cara itu.

Orang Melayu makan biasanya menggunakan tangan kanan. Apakah rasionalnya dan kenapa orang Melayu makan dengan tangan ? Soalan ini dijawab dengan mudah di akhir abad ke 19 oleh seorang kerabat diraja Kedah yang menetap di Selangor bernama Tengku Kudin. Perkara ini diceritakan oleh seorang isteri pegawai tinggi British yang berkhidmat di Selangor pada masa itu dalam bukunya "Chersonese - The Guilding Off" oleh Emilly Innes.

Pada suatu hari Tengku Kudin telah dijemput oleh British Resident menghadiri satu jamuan makan malam di rumah resident tersebut. Ketika semua tetamu jemputan telah bersedia untuk menghadapi hidangan, Tengku Kudin tiba-tiba bangun menuju ke arah paip air dan membasuh tangannya. Tanpa menghiraukan orang lain semuanya menggunakan sudu dan garfu, beliau dengan selamba menyuap makanan ke mulutnya dengan tangannya... ......... !

Telatah Tengku Kudin ini diperhatikan oleh seorang wanita Inggeris yang
kebetulan duduk di sisinya. Merasa tertarik dengan perlakuan Tengku Kudin itu wanita tersebut lantas bertanya: "Kenapa anda makan dengan tangan ? Bukankah menggunakan sudu dan garfu itu lebih bersih dan lebih sopan ?"

Dengan selamba Tengku Kudin menjawab lantang dan dapat didengari oleh orang lain. Katanya: "Saya makan dengan menggunakan tangan saya sekurang-kurangnya ada tiga sebab:
Pertama: Saya tau tangan saya lebih bersih dari sudu dan garfu sebab
saya sendiri yang membasuhnya - bukan orang lain. Sudu dan garfu itu
dibasuh oleh orang lain yang belum tentu cukup bersih.
Kedua: Saya yakin tangan saya lebih bersih kerana tangan saya hanya saya seorang saja yang menggunakannya - tidak pernah dipinjam oleh orang lain, sedangkan sudu dan garfu itu ramai yang pernah menggunakannya
Ketiga: Saya percaya tangan saya lebih bersih kerana ia tidak pernah
jatuh dalam longkang.... ......... !!

Jawapan Tengkun Kudin ini menjadikan semua orang yang mendengarnya
terlopong. Kalau sebelum itu ada antara mereka yang tersenyum sinis melihat Tengku Kudin menyuap makanannya dengan tangan tapi selepas itu masing-masing mengangguk mungkin kerana memikirkan ada logiknya jawapan tersebut....

Moralnya: Kita jangan lekas menghina atau memandang jijik perlakuan orang lain yang berlainan dengan budaya kita. Masing-masing ada rasionalnya kenapa mereka berbuat begitu......

Can You Believe This????



There are few people outside do far more better job than us and still glad about their job.. This guy here is a Coolie (Luggage carrier) at bus station Bangalore, Kalasyapalya bus stop (City market) who usually carry luggage to/from the bus. As per one of my friend's advice, we understand that of late Volvo busses carry 2 wheelers as well from place to another (Interesting na?). Please try out next time.
Please take few seconds to think how they carry 2 wheelers to the bus?

Most of the times they carry it in the box located under the bus…and if the box is full some times they carry the vehicle to top of the bus.

Without scrolling down, can someone guess how they carry the vehicle????

.

.

.

.

.

.

.





Few facts:

Weight of the Pulsar 150 CC is around 200 kg

The cost of the Volvo side glass is about 30000

The cost of the vehicle…??

After seeing the above effort that he has made do you guys know how much is he charging?? Just Rs.20/-