Monday, February 15, 2010

Saat Engkau Melafazkan Maaf...

Salam Semuanya..Harap segalanya bagi anda berjalan dengan lancar...Alhamdulillah hari ini selamat abg ana bertunang...Syukran segalanya berjalan dengan lancar... Syukur ke hadaratNya...

Pada saat ini ingin saya post kan sesuatu... yg mungkin terjd..yg mungkin telah terjadi...Sebuah Nukilan...khas ciptaan sy...

Bila malam sudah menerpa,
Terasa sejuk menusuk suasana,
Saat bulan tidak kelihatan,
Dek kerana hujan seusai berlabuhan...

Ku masih di sini..
Perbualan terakhir kali sudah ku lafazkan..
Inilah pengakhiran yang perlu ku ambil...
Agar aku boleh teruskan perjalanan..


Saat maaf x memberi apa-apa kesan,
Saat hati x mampu beri kemaafan,
Saat jiwa terasa kekosongan,
Saat ceria tidak lagi kelihatan...

Saatku menanti satu kepastian,
Cuma satu hakikat yang mampu kau berikan..
Ku tidak pernah hadir di sana...
dan tidak akan pernah hadir semula....

Biar ku sendiri menghadapinya kelak,
Kerana selama ini ku mampu jua berdiri tanpanya..
Semoga Dia beri kekuatan..

Untuk menghadapi satu kehilangan...
Maafkan ku kerana tidak dapat meneruskan..
Kerana hipokrit pada perasaan x mampu lg ku tahankan..
Biarlah perpisahan ini aku laksanakan..
Kerana kehilangan hanyalah satu tiupan angin bagimu sewaktu kedinginan..

Naifku...Firasatku...semua itu khayalan...
Yang harus ku hilangkan dari lena malam..
Biarlah terakhir kali ia mampu menitis..
Kerana ku percaya ketentuanNya yang mampu menenangkan...

Pergilah dikau mimpi
Ranaplah segala kenangan.
Pergilah dikau sepi..
Kerana bumi perlu hadir warnanya kembali...


Suram malam ini tanpa hadirnya bintang..
Semoga burung berbisik nyanyikan lagunya yg riang...
Untuk ku tersenyum semula di pagi hari...

Menanti yang sebenarnya...biarlah takdir menentukanNya
Kerana ku tidak mahu lagi bermimpi..
Kerana ku tidak mampu lagi menanti..
Kerana ku pasrah bersendiri semula..
Kerana itu penemanku yang paling setia...

wassalam....

Saturday, February 13, 2010

Muhasabah Cintaku Menuju Ke Syurga

Assalammualaikum w.b.t,salam sejahtera semua... untuk post kali ini... mengikut tajuknyer yg agak "gempak"lahkan ingin ku bicarakan... sebenarnya itu adalah tajuk ceramah agama yg baru2 ini ana sertai di universiti ana..Alhamdulillah hatiku tergerak untuk menghadirinya..bersama teman-teman kampus...Penceramah yg dijemput adalah ustad Pahrol bin Juoi.. penulis buku yg akhir semester lepas ana membelinya bertajuk "tentang cinta"..Banyak input yg bermanafaat yg kuterima... dan apabila di akhirnya, ia membuat berfikir sejenak....

Tentang diriku... atau tentang perasaan ku.... atau adakah semata-mata kerana tajuknya?...
enthlah...

Tuesday, February 2, 2010



Peritnyer menghadapi sebuah kehilangan....

Assalammualaikum semua... hari ini... ku ingin bicarakan tentang satu topik yang mungkin dialami oleh semua orang... Satu KEHILANGAN...


Tanggal 28 Januari lalu... pada jam 5 pagi... ku dikejutkan oleh satu panggilan... Nama yang tercatat di telefon adalah "umi"... satu kehairanan kerana umi tahu bahawa pada hari itu kelasku bermula pada jam 9 pagi.. dan mustahil umi menelefon ku pada jam sebegitu hanya bertanyakan keadaanku seperti selalu... hati berdebar tatkala ingin menjawab panggilan tersebut.. namun sudah wujud satu perasaan x sedap badan walaupun mata masih mengantuk dan 'mamai'...Sudah ku jangka, pasti ada sesuatu yang telah berlaku...
Ya Allah, ya tuhanku.. beriku kekuatan untuk menjawabnyer.. lantas, ku menjawab dan memberi salam...terdengar suara umi di sana memberikan sedikit kelegaan...tiada apa-apa berlaku pada umi... namun kenapa suara umi seakan teresak-esak dan terasa sukar meneruskan perbualan.. apa yang telah terjadi.. adakah sesuatu berlaku pada abi pula?? lantas umi meneruskan perbualan..
"adik,mak nak cakap ni, jangan terkejut yer..Cik Mat meninggal pagi tadi pukul 5 kat hospital selayang"
Innalillahiwainnallillahirrajiun....hanya itu mampu ku ungkap tatkala mendgrnyer...umi terus meletakkan telefon dan aku memahami umi perlukan masa untuk menghadapinya pada saat ini.. kerana ku merasakan umi lebih di uji oleh Nya dikala ini..berbagai-bagai persoalan muncul di benak fikiranku.. apa sakit pkck ku itu.. kenapa ia berlaku tiba-tiba...sedangkan aku sudah x sbr berjumpa dgn sepupuku 2 hari lagi untuk menghantar rombongan bertunang untuk abgku dan pkck aku sebagai wakilnya..namun segalanya berhenti di saat itu.. ketika itu... Bahawa Allah S.W.T lebih menyayanginya..dan inilah ketentuan Ilahi...
Hariku...bermula ibarat kelam...pkck ini adalah adik umi yg kedua..dan hubungan kami memang rapat..Kami sekeluarga masih dalam keadaan terkejut kerana pada hari tu genap 100 hari adik umi (mkckku) pergi menghadap Ilahi..namun bile pemergian pkck kali ini seakan memberi tamparan kedua buat kami.. terutama umi sendiri yg telah kehilangan 2 org adik hnya dalam selang 100 hari...
Selepas menerima panggilan umi, aku terus bangkit dan bersmbhyg subuh...entah mengapa seusai menunaikan fardhu itu, air mata ini sudah tidak tertahan lagi lalu menitis di tikar sejadah itu..terimbau kenangan-kenangan yang masih terngiang-ngiang di fikiran tatkala ku bersama pkck..setiap gurauannya.. setiap nasihatnya...setiap ape yang dilakukan tidak pernah dia menolak..hanya dialah tempat umi dan mkck2 lain bergantung harap.. tapi seperti yang ku katakan Allah S.W.T lebih menyayanginya.. dan ku mengharapkan agar beliau ditempatkan di kalangan insan-insan yang beriman.. Ameen..
Ku meneruskan kelasku juga walaupun berat kaki ini ingin melangkah.. setelah berada di dalam kelas, entah mengapa ku masih x dapat menumpukan perhatian...rasa ingin sahaja kaki ini melangkah keluar amik komuter turun di gombak.. kerana ingin menemui jasad pkck ku buat terakhir kali..
Namun apakan dayaku...Ku sendiri tidak mampu mempunyai kudrat yg lebih seperti insan lain.. ku khuatir jika di pertengahan jalan, sebarang masalah ku hadapi dan ini bukn sahaja menyelesaikan masalah, malah akan menambah kerisauan umi...akhirnya ku berkeputusan tidak mengapalah.. ku kirimkan dr jauh doaku buatnya....
Semoga Allah menempatkannya di kalangan insan yg beriman dan memudahkannya menghadapi alam barzakh.. Ameen...
Ku mengharapkan satu pelukan dan kata-kata sokongan dari seorang teman dan sahabat, namun harapanku menemui kehampaan.. kerana ia tidak berlaku dn rakan-rakan sekeliling mungkin tidak prihatin keadaanku...biarlah... biarlah perasaan ini ku pendam... dan ku pujuk hatiku sendiri seperti selalu apabila berduka... Buku berjudul "La Tahzan" yang sentiasa berada di sisi katilku, ku gapai dan baca...Alhamdulillah.. mungkin tidak sepenuhnya terubat...namun hanya beberapa helaian darinya sudah cukup mengurangkan kesedihan yang ku alami...

Mungkin ada di antara anda menghadapi sebuah kehilangan seperti mana ku alami...Ku ucapkan takziah..Yang pergi tetap pergi...yang tinggla perlu meneruskan perjuangan walau apepun rintangan berada di hadapan kita.. mungkin ada kalanya kita lemah jatuh x berdaya..percayalah.. hanya padaNya ku mampu mengadu, hanya padaNya yang mampu mengubat, hanya Dia yang faham... setiap air mata yang mengalir, sedang di hitung dan semoga anda dan saya sentiasa kuat jika setiap kali kita di uji dengan

Sebuah Kehilangan.....
Ameen.. Ya Rabbal Alamin..