Sunday, July 31, 2011

kekuatan yg ku cari...

Hadirnya tnpa ku sedari..
Cinta seorang insan yang ku panggil sahabat..
Namun..
Cinta yang wujud, melalui fitrah alam antara sesama manusia..

Inikah nama nya cinta?
Hatiku tertaut.. tapi ku masih menyedari..
Hatinya bukan untukku..
Luka yg diberi.. Kasih yang ku bls..
Sampai bila ku takkan dapat ungkapkan rindu ini kerana luka yg sama akan kudapati di pengakhirannya..
Ya Allah berikanlah hambaMu ini penunjuk..

Dirimu yang telah pergi..
Bertemu insan yg lain..
Harusku redhai.. kerana ku masih seorang hambaNya
Namun mengapa x mampu ku relai pemergian kenangan itu..

Saatku terjatuh..apa yg ku perlu hnye sehulur tangan ku disambut..
Sambutan yg penuh kejujuran..
Bimbingan yg penuh menuju alam yg kekal abadi..
Saatku berduka..sekeping ucapan smgt..untukku berhenti mengalirkan air mata..
Saatku lemah dn tidak berdaya..hnya sokongn bhwku sedang mencuba sedaya upayaku bertahan dgn dugaan Ilahi..

Bibirku jauh dr lafaznya..bahawa benr ku ingin mu bhgia..
Walau tnpaku bersamanya..
Persahabatan yg pernah kita ukhwahkan.. mngpa ia perlu terhenti..

Mungkin ku tidaklah seindah ainul mardhiah..
Dn ku jua tidak sekental fatimah az-zahrah..
Tidak sekaya Saidatina Khadijah..
tidak setabah maryam berlari anak antara safa dan marwah..

Namun kupunya sekeping hati yg rapuh untuk dilindungi..
Sekeping hati yg mudah dikecewakan berkali-kali..
Hidayah yg ku pohon agar ia sentiasa teguh di banting ombak yg kencang..

Tuhan..layarkanlah diriku menemuiMu..
Berikan daku secebis keinsafan..
Agar cinta yg ku perlu hanya cintaMu..
Damaikanlah hatiku dgn perpisahan ini..
Kerana waktu untuk luka itu pulih takkan dpt ku hitung...

Ya Allah...smg tangisan yg senantiasa mnjadi penemanku..
Beriku ketenangan..
Moga kalam-kalam suci menjadi hiburan terindahku..

Hanya pertemuan di akhir nnti, alam kekal abadi.. tkdirku bersamanya..

Saturday, July 23, 2011

Masuk Syurga Hanya Kerana Sehelai Bulu Mata

Diceritakan di Hari Pembalasan kelak, ada seorang hamba Allah sedang diadili. Ia dituduh bersalah, menyia-nyiakan umurnya di dunia untuk berbuat maksiat. Tetapi ia berkeras membantah. “Tidak! Demi langit dan bumi sungguh tidak benar. Saya tidak melakukan semua itu.” “Tetapi saksi-saksi mengatakan engkau betul-betul telah menjerumuskan dirimu sendiri ke dalam dosa,” jawab malaikat. Orang itu menoleh ke kiri dan ke kanan, lalu ke segenap penjuru. Tetapi anehnya, ia tidak menjumpai seorang saksi pun yang sedang berdiri.
Di situ hanya ada dia sendirian. Makanya ia pun menyanggah, “Manakah saksi-saksi yang kau maksudkan? Di sini tidak ada siapa kecuali aku dan suaramu.” “Inilah saksi-saksi itu,” ujar malaikat. Tiba-tiba mata hamba Allah tersebut bicara, “Saya yang memandangi.” Disusul oleh telinga, “Saya yang mendengarkan.” Hidung pun tidak ketinggalan, “Saya yang mencium.”

Bibir mengaku, “Saya yang merayu.” Lidah menambah, “Saya yang mengisap.” Tangan meneruskan, “Saya yang meraba dan meramas.” Kaki menyusul, “Saya yang dipakai lari ketika diketahui orang akan maksiat tersebut.”"Nah! Kalau kubiarkan, seluruh anggota tubuhmu akan memberikan kesaksian tentang perbuatan aibmu itu”, ucap malaikat. Orang tersebut tidak dapat membuka sanggahannya lagi. Ia putus asa dan amat berduka, sebab sebentar lagi bakal dihumbankan ke dalam Neraka Jahanam. Padahal, rasa-rasanya ia telah terbebas dari tuduhan dosa itu. Tatkala ia sedang dilanda kesedihan itu, tiba-tiba terdengar suara yang amat lembut dari selembar bulu matanya: “Saya pun ingin juga mengangkat sumpah sebagai saksi.”

“Silakan”, kata malaikat. “Terus terang saja, menjelang ajalnya, pada suatu tengah malam yang lengang, aku pernah dibasahinya dengan air mata ketika ia sedang menangis menyesali perbuatan buruknya. Bukankah nabinya pernah berjanji, bahawa apabila ada seorang hamba kemudian bertaubat, walaupun selembar bulu matanya saja yang terbasahi air matanya, namun sudah diharamkan dirinya dari ancaman api neraka? Maka saya, selembar bulu matanya, berani tampil sebagai saksi bahawa ia telah melakukan taubat sampai membasahi saya dengan air mata penyesalan.”
Dengan kesaksian selembar bulu mata itu, orang tersebut dibebaskan dari neraka dan dihantarkan ke syurga. Sampai terdengar suara bergaung kepada para penghuni syurga: “Lihatlah, Hamba Allah ini masuk surga kerana pertolongan sehelai bulu mata.”

* Taubatlah dengan sebenar-benar taubat yang penuh penyesalan dan keikhlasan sebelum terlambat.. Allah itu Maha Pengampun..