Friday, December 31, 2010

selamat tahun baru....

selamat tahun baru sumer!!!!!
yeepi... seronok... dpt tgk bunga api belakang umah... walau hanya dr padang belakang umah... see.. tk perlu jalan jauh2 sampai KLCC, KL tower, Dataran Merdeka, or what so ever yg seumpamanya..dr belakang umah jer pun can save our money..:)

Syukur.. kehadrat Ilahi..aku masih dapat menghidu nafas lega... aku masih bernafas di sini.. melihat alam ciptaanNya yang sangat indah...walau kaki yang masih sakit.. tp syukur...akhirnya sampai juga di tahun yang baru ini.. untuk meneruskan perjuangan..

Bagi semua.. sememangnya mesti ada azam baru.. tahun ini aku jua ada azam baru.. dan tahun ini adalah tahun yang amat-amat bermakna untukku.. kerana aku bakal memasuki semester terakhirku di Universiti Putra Malaysia..insyaAllah dgn izinNya aku bakal menamatkan pengajianku dan menggulung segulung ijazah atas nama perjuangan...

Bagi sahabat-sahabatku.. mungkin mereka telah lama mendapatkannya..jalan yang mereka lalui sangat mudah dan senang...lancar dan sempurna..mungkin tidak bagiku...
bagiku, andai dapat ku mendapatkannya, telah beribu bahkan berjuta baldi dan bekas seandainya dapat menadah air mata yang telah dititiskan...

kisahku bermula.. saat menjejak kaki di MRSM.. kusangka jalanku lebih gemilang disana dgn harapan dan doa seorang ibu.. namun, ranjau yg disangka mudah tidaklah semudah yang disangka...erti pengorbanan, erti persahabatan, mengajarku erti kehidupan.. disinijuga ku mengenali seseorang...walaupun sudah dihujung pengajian..
namunku hanya mampu memendam perasaan dan melihatnya pergi... bila kusedar tiada taraf dapat menyamakan kami..mungkin hnya pd dasar iman ku mampu berharap..

Selesai mengambil keputusan SPM..walaupun tidak segemilang yang disangkakan..ku amat bersyukur...7a.2b..alhamdulilah.. saat shbtku yang pernah rapat ketika di sekolah sudah menjejakkan kaki di universiti dgn hnya keputusan percubaan.. aku redha...shbt yg pernah ku kenali mulai menghilang satu persatu..ku meneruskan perjuangan di Kolej Matrikulasi..

tidakku sangka.. panas yg kusangka ke ptg.. rupanya hujan di tengahari..azam baru yang ingin ku corakkan di cni, rupanya diuji...satu hari, ku mengikuti acara merentas desa..tidakku sangka..setelah sampai di garis penamat, segalanya malap..sedar2, ku sudah terbaring di katil hospital Ipoh, Perak...ku sangka ia akan berakhir di situ, tetapi sebenarnya itulah permulaannya kehidupanku dirumah keduaku iaitu HOSPITAL..
Badanku yang sebelumnya mudah bergerak kesana kesini, seakan semakin sukar...
Langkah yang dahulunya laju dn pantas, tiba2 menjadi perlahan di kala ku cepat dn mudah merasa letih..kusangka hnya jasadku yg tidak berkeupayaan.. rupanya org lain disekelilingku jua menjadi rapuh dan mula menghilang satu persatu..
Maka bermulalah perjalanan hidupku keluar masuk hospital..tidak dapat dihitung betapa banyak hospital kerajaan, betapa banyak pertemuan dengan doktor sehingga sampai satu tahap ku x ingin menemuinya lagi.. sehingga sampai satu tahap diriku ini berputus asa untuk meneruskan lagi perjalanan, melihatkan ubat-ubatan yang perlu ku ambil dan bergantung padanya...
Yang paling membuatku menangis, disaatku amat memerlukan.. kata-kata semangat dr insan bergelar sahabat.. mereka hilang...menyepi... bahkan ada yang membuat cerita bahawa aku sengaja membuat cerita tentang penyakit yang ku hadapi dan tanpa bertanya sendiri dariku..sedih. pilu yang tidak terhingga.. sehingga ku putuskn untuk tidaklagi berhubung dengan mereka...bagaimana berjayanya hidup mereka dn mungkin betapa hinanya kehidupanku kerana tidak berjaya...

Ku melangkah lagi..
berkat sokongan dari umi tercinta....masih teringat air mata yg umi titiskan setiap kali badanku dicucuk2 dengan ubat, masih teringat setiap kali perbalahan diantara umi dan abi yang terpaksa berulang alik ke Perak setiap kali ku masuk hospital, walau x pernah seorang pun sahabatku hadir melawat dikala itu, ku teruskan untuk melangkah lagi....
walau kadangkala tatkala ku dimasukkan, tanpa sebarang wang di tangan untuk membeli apa2, tanpa hp untuk ku hubungi sesiapa, dan setiap kali ku dimasukkan dalam keadaan tidak sedar, dan tanpa sesiapa disisiku pabila mata ini terbuka..ku hanya mampu pasrah...menanti Lunch Hour atau Dinner dan sesuap makanan hospital untuk mengalas perutku yang kosong...bila terimbas kembali, telah banyak ku susahkan jururawa di hospital hanya sekadar mahu meminjam sepasang selipar untukku ke tandas..{ku tertawa sendiri}

berkat dorongan dr umiku.. ku sekadar mahu meneruskan lagi.. ku mengulangi perjalanan pengajianku di Matrikulasi selama setahun.. pada waktu tidak menerima sebarang tawaran di Institut Pengajian Tinggi, sekali lagi air mata ini mengalir... mungkin ini kegagalanku.. masakan tidak... hari yang ku hadir mengikuti kuliah di tahun yang pertama lebih sedikit daripada hari-hariku di hospital...Perjalanan pembelajaran dimatrikulasi yang sentiasa cepat dan laju membuatku tidak dapat mengikutinya...mungkin ini yang ku namakan takdir... walau dengan tangisan.. tidak dapat ku ungkap...namun ku teruskan jua....
tahun yang kedua..di pusat matrikulasi yang sama..hari pertama ku katakan ku hanyalah budak "second intake", namun dek kerana kematanganku dan usiaku, akhirnya adik-adikni dapat tahu..apatah lagi ada junior dr MRSM yg sama tapi tidak mengenaliku semasa di sekolah..gelaran "Kak Wa" hadir di kemudian hari..mereka menghormatiku, namun kadang-kadang ku terasa kesepian mencengkam diri kerana mereka meng"asing"kanku dr sebarang aktiviti kelas yang sepatutnya bersama...ku pasrah melangkah lagi....mahuku beri segulung ijazah untuk umiku atas sokongan tanpa hentinya...hanya kerana tidak mahu membazirkan wang minyak dan tol, setiap kali ku masuk hospital di tahun kedua pengajianku di matrik, ku mendiamkan diri drpd memberitahu keluargaku...maka disini bermula perjalananku untuk berdiri sendiri, bangun dr katil hospital, pnjam duit 50 sen dr mkck2 katil yang berjiran denganku atau dengan jururawat, dan mula menelefon pkck van matrik utk pulang sendiri ke matrik..
Terasa lucu apabila terimbau kembali kerana kadang2 naik van balik tanpa sebarang kasut dan berjalan sendiri naik ke bilik.."pkck Husin, terima kasih sllu amik sy masa masuk hospital"...akhirnya perjuangan ku tamat disini... dengan beroleh 3.51 CGPA keseluruhan dan dengan rasa gembira dan syukur ku panjatkan padaNya, ku memilih kursus untuk diikuti di IPT kelak...

Selepas onak dan duri dilalui di matrikulasi, ku sangkakan akan hadir sinar yang lebih gemilang..ku memilih kelapan-lapan pilihanku yang tidak lari dari bidang Sains dan Biologi dan ku banyak memilik kursus dari Fakulti Sains Kesihatan.. mungkin tidak aku layak menjadi seorang doktor kini, namun ku hanya mahu menjadi seorang Pemulihcara Kerja atau Fisioterapi mungkin..hanya sekadar ingin menumpahkan kudrat yang tinggal untuk membantu orang lain... niatku cume satu, setelah banyak ku lihat insan terlantar di hospital, paling tidak mungkin ku dapat juga membantu orang dalam jalan yang sama..
Tapi..... kita hanya manusia yang mampu merancang... tapi segala ketetapan itu tetap jua dariNya...kelapan-lapan pilihanku tidak ada satu yang dapat...terasa bagai jarum yang terhunus di dada saat menerimanya... ku mendapat tawaran sambung di Universiti Teknologi MARA dalam jurusan Sains Sistem Cerdas {mungkin jarang sekali mendengarnya bukan?} kusangkakan aku bakal mengajar orang bersenam.. or something sort of it.. tapi sebenarnya kursus ini lebih dikenali dalam bahasa Inggerisnya {Artificial Intelligence} --[itupun leps wat research dlm internet]..basicly kursus ini adalah mengenai memprogramkan dan membuat satu sistem yang lebih canggih..Dua tahun dalam kotak fikiranku adalah mengenai manusia {Biologi} sebab Sc Hayat, dan sekarang yang perlu ku pelajari adalah segalanya berkaitan Fizik, Komputer, Program....kursus ini adalah yang tertinggi di Fakulti Sains dan Komputer, namun mempelajarinya amat sukar sekali untukku...setakat buat Powerpoint, Word, i still can manage it...
but to do Programming language??? learning all the kind of C++, BOOLEAN, JAVA... dengan bahasa Komputer yang hanya mampu tafsirkan dua digit iaitu 0 dan 1, ASCII, Allah sahaja tahu dugaanku ini.. ku tempuhi jua...Math, still can handle... but Programming???? mmg angkat bendera putih..mybe i'm just so stress dan penyakitku tidak sembuh sepenuhnya..sebenarnya kursus ni amat menarik...tp for someone really have passion in it.. ulang semula.."PASSION"..aku lebih rela melukis daripada menekan-nekan papan kekunci ini...tp x sangka, ESSAY mengenai "IF U GIVEN CHOICE TO CREATE OR INVENT A MACHINE, WHAT WOULD U DO?" membuatku terpilih menjadi salah seorang pelajar pertukaran ke jepun untuk hadir satu seminar tentang penciptaan ROBOT2 di sana..{sjeje kot lecturer tu pilih essay aku untuk aku gi sana, sebab tgk muka stress jer bila blja, mana taknyer, im just the only person who doesn't stop asking question} hehe..mcm bestjer kan??
tp x.. kesihatanku tak mengizinkan ku pergi.... kadang nak salahkan takdir pun ade gak.. sebab kalau aku x sakit, doktor leh bagi lampu hijau untukku berjalan jauh kesana... sekalilagi.. ku akurkan kata-kata umiku..."adik, jangan sesekali buruk sangka dengan Allah, Dia dtgkan sesuatu mungkin ada hikmahnya kita tak tahu" enam bulan = satu semester ku di sana...akhirnya disember 2007, ibarat satu sinar hadir menyinari..apabila diri ini mendapat tawaran ke Universiti Putra Malaysia dalam bidang Ijazah Sains dgn Pendidikan yg paling penting {majoring Biologi} :)

Atas nasihat umi yang dahulunya bekerja sebagai pendidik menyarankan ku menerimanya... Akhirnya ku teruskan perjuanganku disini..dengan satu azam baru.. fresh air..new environment..new hope..ranjau yang ku tempuh disini, kelak akan sampai ke penghujungnya... dlm tahun ini.. 2011...
Mungkin takkan dapat ku berbakti kepada org yg sakit di hospital, namun inilah jalan ketentuanNya untuk menjadi pendidik kepada anak bangsa.. tanpa guru, takkan mungkin lahir seorang Perdana Menteri bukan? {hehe}..gurauan..

Ranjau yang kulalui selama mana ku menjejakkan kaki di Universiti ini tidak perlulah ku ungkai satu persatu... kerana kelak, mungkin air mata berguguran semula...
Apa yang telah ku hilang... Mungkin akan kemabali satu persatu...
Hanya kudrat ku panjatkan padaNya.. agar ku dapat meneruskan perjuangan ini bagi sebuah kemenangan..

Ya Allah.. beriku sinar.. beriku petunjuk... beriku ketabahan.. jangan Kau palingkan diriku dari mendekati Mu...tetapkan pendirianku..permudahkan perjalananku..
Salam Tahun Baru Semua...
Semoga kita semua mendapat sinar yang lebih baik..drpd hari-hari yang telah berlalu..
Ameen.. Ya Rabbalalamin..

Thursday, December 23, 2010

rainfall... give me the rainbow.. for a new hope...

sometime silence and ignorant can hurt deeply...
am i just hope for something was isn't there at all...
im fact blog..
only u who hears all the tears..
never givin up at all...

i remember one poem from my old school life..
memorize it..of coz for those who really appreciate..this poem creates a gud memory...just listen..

life brief candle...
tomorrow,and tomorrow and tomorrow..
creeps in this petty pace from day to day..
to the last syllabus of recorded time..
and all our yesterday have lighted fools..
the way to dusty death..
out,out brief candle..
life..a poor shadow..
that struts and frets its hour upon the stage..
and then..
it heards no more..
it is a tale..
told by an idiot..
full of sounds and fury..
signifying nothing...

william shakespear..

Friday, December 3, 2010

( Untuk Renungan Bersama )




by Abu Hanifah on Friday, December 3, 2010 at 7:40pm.

Cinta...

Namun berapa ramai yang faham berkenaan cinta yang sebenar? Baru-baru ini saya dihubungi oleh seorang saya anggap adik saya. Sebenarnya, saya amat sayangkan adik saya seorang ini. Dia menghubungi saya dengan YM, oleh kerana tidak puas bersembang dengan YM, maka saya ambil keputusan menelefonnya. Dari suaranya, ada getaran yang menunjukkan bahawa dia mempunyai masalah.

Seterlah bertanya, apakah masalahnya, dia meluahkan,

“ Abang, adik bercouple, tapi…”

Bila dengar begitu, saya agak terkejut. Tidak sangka juga perkara sedemikian akan terjadi kepadanya. Lalau saya tadahkan telinga, meluangkan masa mendengar luahan kalbunya yang nampak sarat dengan masalah.

Ceritanya, dia hendak berhenti dari perbuatan itu. Tetapi, teman wanitanya asyik mengelak bila dia hendak masuk bab berhenti itu. Dia ketandusan kekuatan, dan kehabisan jalan. Sudah tidak tahu hendak buat apa. Hatinya rasa berdosa, tetapi hendak berhenti pun tidak mampu.

Selalunya, alasan tak mampu ni biasa diberikan orang. Benarkah tak mampu?

Kita balik melihat hati kita. Sebenarnya, bila bercouple(istilah lain, berhubungan bebas, berhubungan tak ikut syara’) kita rasa seronok dan best. Layan la kononnya. Tetapi, sebenarnya kemanisan ini dihias-hias oleh syaitan.

ALLAH SWT berfirman apabila Hud-Hud menceritakan kesesatan Kaum Saba’ bawah pimpinan Balqis,

“ Aku(burung hud-hud) dapati dia(Balqis) dan kaumnya menyembah matahari, bukan kepada ALLAH, dan syaitan telah menjadikan terasa indah bagi mereka perbuatan-perbuatan buruk itu, sehingga menghalangi mereka dari jalan ALLAH, maka mereka tidak mendapat petunjuk”(Surah An-Naml ayat 27)


Syaitan, bila dia mendpaat peluang menyesatkan manusia, maka dia akan berusaha biar manusia tu tidak dapat kembali kepada jalan yang sebenarnya. Cinta memang indah, tetapi sebenarnya cinta ini akan menjadi cacat bila di luar batasan syara’. Namun kecacatan itu diperindahkan oleh syaitan agar kita melihatnya cantik, lalu sukar untuk merasa bencin kepada kecacatan itu, malah tambah rapat dengannya. Akhirnya, sukar kita hendak meninggalkan keburukan itu dalam kehidupan kita.

Di sini, saya mengajak adik saya tadi bermuhasabah kembali apakah makna cinta. Ramai couple, walaupun menyedari couple itu diharamkan oleh ISLAM, masih lagi meneruskannya kerana kononnya mereka sudah saling cinta mencintai.

Ya, tidak salah mencinta. Saya juga bercinta. Tetapi apakah cinta? Bukankah cinta ini adalah kasih sayang. Tetapi, apakah kasih sayang, jika kita menghumbankan pasangan kita ke neraka? Menghumbankan pasangan kita ke neraka? Bagaimana? Ya la, anda bercouple, ISLAM larang, ALLAH marah, di pehitungan nanti anda akan dihisab, dan couple anda ini menjadi penghalang untuk anda masuk ke syurga lalu dilempar ke neraka. Bukankah anda telah melemparkan diri anda dan pasangan anda ke neraka? Adakah itu yang anda katakan sayang?

Inilah sayang yang syaitan tipukan anda. Saya nyatakan, jika begitulah akhirnya ‘sayang’ anda, maka itu bukan sayang sebenarnya. Jika benar sayang, kita akan hanya ingin yang terbaik sahaja untuk pasangan kita. Bukan sahaja baik di dunia, tetapi di akhirat sana. Kita mahu, sayang kita ini bukan setakat di dunia sahaja kekalnya, tetapi sampai di akhirat bertahannya ia.

Jadi ada apa dengan couple? Anda pegang tangan anda berdosa, anda bercakap berjiwang-jiwang anda berdosa, anda berpandang-pandangan anda berdosa, anda keluar berdua-duaan anda berdosa. Apa yang anda bahagianya? Hanya hawa indah jiwang jutaan karat sahaja, yang mana hawa itu akan luput dimamah usia dan zaman. Bila berkahwin, keluarga pecah berai.

Kan bagus jika anda ambil masa ini, mentarbiyyah diri, melengkapkan jiwa, mendidik hati, kemudian lamarlah pasangan anda dalam keadaan bersedia jasad dan rohani, seterusnya berjiwanglah anda habis-habisan, kucuplah dahi pasangan anda sehabis cinta, pegang eratlah tangan dia dengan penuh sayang di dalam jiwa, peluk eratlah pinggang dia dengan kasih setingginya, dan setiap perbuatan anda dengan isteri anda ketika itu, membuahkan pahala.






Ada seorang sahabat bertanya kepada Rasulullah, “ Ya Rasulullah, apakah bila seseorang itu berjima’(melakukan hubungan seks) dengan isterinya, dia mendapat pahala?”

Rasulullah SAW menjawab, “ apakah jika seseorang itu berzina maka dia mendapat dosa?”

Sahabat menjawab, “ ya”

“ Maka, siapa yang mendatangi isterinya yang halal untuknya, maka baginya pahala”

Nah…. inilah sayang. Kekalnya hingga ke syurga. Rasulullah SAW bersabda,

“ Di akhirat nanti, kamu akan bersama dengan orang yang kamu cintai”

Inilah sayang yang dibina oleh manusia yang beriman. Sayang kekal abadi. Bukan setakat dunia yang akan luput sedikit masa lagi.

Kepada adik yang bercouple itu, saya pesankan dia perkara ini. Dia berkali-kali mengucapkan terima kasih kepada saya. Saya kata pada dia,

“ Abg sayang adik, sebab itulah abg pesan”

Ya, inilah sayang dalam ISLAM. Membawa manusia kembali kepada ALLAH adalah salah satu tanda sayang. Apalah sayang dan cinta jika akhirnya ke neraka? Itu bukan sayang sebenarnya.

Nah..

Marilah berkasih sayang yang sebenar-benar kasih sayang. Marilah bercinta dengan sebenar-benar cinta. Tidak rugi, malah menembus akhirat cintanya.

Cinta dan sayang kerana ALLAH. Ikuti perintahNya, tabah melalui ujianNya, dan rasailah kenikmatakan ganjaranNya.

ALLAH juga cintakan kita.

Dalam satu hadith Qudsi, Rasulullah SAW ada bersabda bahawa ALLAH SWT berfirman,

“ Apabila hambaKU mendekatiku selangkah, maka AKU akan mendekatinya seribu langkah, jika dia mendekatiku dalam keadaan berjalan, maka AKU akan mendekatinya dalam keadaan cepat”

Nah… Couple? Mari tukar kepada hubungan yang lebih istimewa dan halal malah mendapat pahala. Kita tangguh dulu kisah cinta kita sekarang ini, kita perbaiki diri, permantapkan rohani, kemudian kita sambung kembali pertalian ini dengan ikatan yang lebih bersih. Dengan cinta yang sebenar-benar cinta. Biar berbahagia hingga akhirat sana.


Jom.

Selepas membaca artikel ini, ia menginsafi diriku ini.. Bahawa cinta manusia bukanlah cinta yang hakiki selamanya...Lafaz itu tidaklah seindah mana yangku sangkakan erti bahagia...sudhlm ia bermain di minda, namun kekuatan yg masih ku cari...

Saya pun dalam perjalanan untuk itu. Apa lagi yang bercouple ni, mari bersama saya. Kita mantapkan diri dulu!


InsyaAllah...